Ciri Windows Media Player Windows_Media_Player

  1. Boleh memainkan banyak format media digital - pemain media digital serbaguna yang boleh memainkan banyak format audio dan video digital seperti MP3, Windows Media dan lain-lain. Selain itu, Windows Media Player juga berupaya memainkan cakera padat audio, VCD dan juga DVD.
  1. Disertakan secara percuma di dalam Windows - dan versi terbaru boleh dimuat turun secara percuma di laman web Microsoft. Oleh kerana pemain media digital ini disertakan bersama Windows serta sifatnya sebagai pemain media universal, pengguna tidak perlu bersusah-payah mendapatkan perisian pemain media lain yang ada kalanya berbayar. Sungguhpun demikian, tindakan demikian mengundang rasa tidak puas hati beberapa syarikat perisian yang mendakwa Microsoft memonopoli pasaran perisian pemain media digital serta mengundang campur tangan Kesatuan Eropah yang menyebabkan Microsoft menghasilkan versi N (versi tanpa Windows Media Player) bagi sistem pengendalian Windows yang ternyata kurang mendapat sambutan di kalangan pengguna.
  2. Boleh menyalin lagu daripada CD - boleh menyalin lagu daripada cakera padat dengan mudah kepada format MP3 atau format Windows Media Audio (WMA). Selain itu, boleh juga boleh digunakan untuk menulis CD audio bagi koleksi lagu pengguna. Boleh juga menulis CD data.
  3. Boleh memperoleh maklumat mengenai lagu - Sekiranya Windows Media Player dijalankan semasa pengguna melayari Web, ia boleh mencari maklumat mengenai lagu-lagu di dalam koleksi pengguna seperti nama artis, nama lagu, nama album, nama komposer, nombor runut serta kulit album melalui sistem pangkalan data di dalam talian.
  4. Boleh memaparkan lirik lagu - Sekiranya pengguna ada memperoleh lirik bagi lagu-lagu mereka, pengguna boleh menyalin lirik kepada lagu melalui Windows Media Player serta menyimpannya dan seterusnya memaparkan lirik di tetingkap Windows Media Player semasa lagu tersebut dimainkan.
  5. Pengurusan media digital - Windows Media Player juga menguruskan fail-fail audio dan video digital yang disimpan oleh pengguna. Dengan hanya menambah nama folder yang mengandungi fail media digital ataupun memainkan lagu atau video digital, fail-fail media digital tersebut akan disenaraikan di dalam perpustakaan perisian tersebut secara automatik. Di dalam Windows Media Player 11, ciri tambahan iaitu enjin pencari yang mencari fail media digital secara automatik sambil pengguna menaip kata kunci (ciri sedemikian turut digunakan di dalam Windows Vista) membolehkan pengguna mencari fail lagu atau video dengan mudah, pantas serta dapat menjimatkan masa pengguna.
  6. Memainkan media aliran dengan berkualiti - Windows Media Player turut memainkan media aliran (streaming media) berformat *.asf atau *.asx dengan berkualiti bergantung kepada kelajuan sambungan internet pengguna. Sekiranya kelajuan sambungan Internet pengguna adalah rendah, Windows Media Player merendahkan kadar sebenar kadar aliran data tetapi menginterpolasikan kadar bingkai sesaat untuk memperbaiki kualiti media aliran.
  7. Boleh dikecilkankan kepada pemain mini di dalam bar tugasan - Windows XP dan Windows Vista membolehkan Windows Media Player untuk dikecilkankan kepada pemain mini di dalam bar tugasan Windows. Ini membolehkan pengguna untuk mengawal Windows Media Player walaupun telah dikecilkan.
Teras
Applikasi
dan perkakasan
Backup and Restore Center · Calculator · Calendar · Character Map · Cmd.exe · Contacts · Control Panel (Applets) · Device Manager · Disk Cleanup · Disk Defragmenter · DVD Maker · Event Viewer · Fax and Scan · Internet Explorer · Journal · Mail · Magnifier · Management Console · Media Center · Meeting Space · Mobile Device Center · Mobility Center · Movie Maker · Narrator · Notepad · Paint · Photo Gallery · PowerShell · Private Character Editor · Problem Reports and Solutions · Remote Assistance · Sidebar · Snipping Tool · Sound Recorder · Sysprep · System Configuration · System File Checker · System Restore · Unix subsystem · Windows Installer · Windows Media Player · Windows Speech Recognition · Task Manager · Windows Update · WordPad · WinSAT
Inti
Servis
Sistem fail
Server
Reka bentuk
Keselamatan
Permainan
Perisian bahan
Internet Explorer Mobile · Live Search Mobile · Microsoft Voice Command · Microsoft Office Mobile · Terminal Services/Remote Desktop · Windows Live Messenger Mobile · Media Player Mobile
Perisian desktop
ActiveSync · Microsoft Outlook · Media Center · Media Player · Mobile Device Center
Perisian server
Microsoft Exchange Server
Perkakasan
Pocket PC · Smartphone · Portable Media Center